Pada 4hb.April 2012 yang lalu, kami telah pergi membuat lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Seremban 2. Lawatan ini juga disertai oleh tadika pasti yang lain di sekitar Seremban. Lawatan dimulai dengan tayangan video diikuti dengan penerangan ringkas dari pegawai bomba yang bertugas. Kemudian anak-anak dibawa melihat peralatan-peralatan bomba. Mereka juga berpeluang menaiki kereta bomba dan mempelajari bagaimana menggunakan hos air untuk memadam kebakaran.
Semasa di dalam dewan menonton tayangan video
Seorang pegawai bomba sedang menunjukkan peralatan dan menerangkan sesuatu
kepada guru dan murid-murid
Anak-anak ini diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman
menaiki kereta bomba
Kesukaan kanak-kanak bermain air..
Pegawai bomba menunjukkan cara memegang hos air
dengan betul