Gedong Lalang, Ampangan, Seremban

Monday, April 16, 2012

Lawatan ke Jelita Ostrich Farm

Pada 29hb.Mac 2012 yang lalu, Tadika Pasti As-Saadah telah membuat lawatan ke Jelita Ostrich Farm di Jalan Pantai, N.Sembilan. Memang menyeronokkan bagi anak-anak ini kerana selain daripada burung unta terdapat pelbagai haiwan lain yang terdapat di situ. Di samping itu terdapat beberapa aktiviti yang menarik seperti memijak telur burung unta, menaiki burung unta dan perlumbaan burung unta.




Headcount...beratur sebelum masuk..





Mendengar penerangan oleh petugas di Ostrich Farm



Memijak telur burung unta..
Telur burung unta ini berupaya menampung berat sehingga 150 kg..macam tak percaya kan..?






Lepas pijak telur dia, naik belakang dia pulak..! Kesian burung unta ni..
Menaiki burung unta adalah aktiviti yang paling digemari (atau 'ditakuti') di sini




Selepas berjaya menaiki burung unta, setiap orang di'anugerahkan'
sijil Ostrich Jockey.
Tahniah semua..!



Sebelum pulang anak-anak dihadiahkan dengan sedikit cenderamata..
Terima kasih cikgu..!




Sempat bermain di taman permainan yang terdapat di situ.

 

No comments:

Post a Comment